LONDON, 22 JAN – Setiausaha Pertahanan Britain, Grant Shapps menegaskan Palestin mempunyai hak untuk menubuhkan sebuah negara berdaulat dan merdeka.
Beliau menempelak kenyataan Perdana Menteri Israel, Bejamin Netanyahu yang menolak penubuhan negara Palestin selepas Perang Gaza tamat.
“Rakyat Palestin berhak mempunyai sebuah negara yang berdaulat,
“Israel berhak mempunyai keupayaan penuh untuk mempertahankan diri dan keselamatannya sendiri,” katanya dalam satu wawancara dengan BBC.
Shapp menegaskan, penubuhan dua negara (two state solution) merupakan jalan penyelesaian terhadap konflik yang berlarutan di Timur Tengah.
Beliau menambah, UK tetap dengan pendirian dengan penyelesaian tersebut.
Terdahulu, Netanyahu menyatakan Tel Aviv menolak sebarang penubuhan negara Palestin selepas Perang Gaza tamat.
“Tiada sebarang kompromi terhadap kawalan keselamatan secara mutlak oleh Israel di seluruh wilayah di barat Jordan,” kata Netanyahu pada minggu lalu.
Sementara itu, Penasihat Keselamatan White House, John Kirby menolak penjajahan semula Gaza.
“Gaza pasca peperangan akan wujud. Tiada sebarang penjajahan semula Gaza,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, David Lammy mengkritik kenyataan Netanyahu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Kami komited dengan pengiktirafan sebuah negara Palestin,
“Kami mahu bekerjasama dengan rakan antarabangsa bagi mencapai perkara tersebut,” katanya dalam satu wawancara dengan media kebangsaan Britain. – airtimes.my
#AirTimes #global #uk