Home GlobalAS lulus kemungkinan jualan sistem kawalan tembakan AS$73 juta kepada Singapura

AS lulus kemungkinan jualan sistem kawalan tembakan AS$73 juta kepada Singapura

Singapura memohon 18 kit naik taraf Common Fire Control System bagi sistem roket artileri mobiliti tinggi M142 HIMARS, bersama peralatan sokongan, latihan dan khidmat teknikal berkaitan.

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

WASHINGTON, 22 Jun – Jabatan Negara Amerika Syarikat meluluskan kemungkinan penjualan Common Fire Control System dan peralatan berkaitan kepada Singapura dengan anggaran kos keseluruhan AS$73 juta.

Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, kerajaan Singapura memohon pembelian 18 kit naik taraf Common Fire Control System untuk sistem roket artileri mobiliti tinggi M142 High Mobility Artillery Rocket System (HIMARS).

Cadangan jualan itu turut merangkumi peralatan sokongan, dokumentasi teknikal, alat ganti, latihan, sokongan teknikal kerajaan AS dan kontraktor, khidmat sokongan kejuruteraan serta logistik, sokongan pejabat lapangan dan elemen berkaitan sokongan program.

Jabatan Negara AS menyatakan, cadangan jualan itu akan menyokong objektif dasar luar dan keselamatan nasional Amerika Syarikat dengan meningkatkan keselamatan Singapura sebagai rakan strategik yang penting kepada kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di Asia.

Menurut kenyataan itu, penjualan berkenaan dijangka meningkatkan keupayaan Singapura menghadapi ancaman semasa dan masa depan dengan memperkukuh serta memanjangkan keupayaan Tentera Darat negara itu melaksanakan operasi dan latihan berkesan.

“Singapura tidak akan menghadapi kesukaran menyerap latihan ini ke dalam angkatan tenteranya,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Negara AS turut menegaskan, cadangan penjualan peralatan dan sokongan tersebut tidak akan mengubah keseimbangan asas ketenteraan di rantau ini.

Kontraktor utama bagi cadangan jualan itu ialah Lockheed Martin yang berpangkalan di Dallas, Texas.

Menurut kenyataan sama, cadangan penjualan itu tidak akan memberi kesan buruk terhadap kesiagaan pertahanan Amerika Syarikat.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply