Home GlobalPerancis, Itali sokong penubuhan misi keselamatan EU ke Lubnan pada 2026

Perancis, Itali sokong penubuhan misi keselamatan EU ke Lubnan pada 2026

Paris dan Rom turut menegaskan sokongan kepada UNIFIL serta usaha pihak berkuasa Lubnan memulihkan kedaulatan penuh ke atas wilayahnya.

by M.Daim
A+A-
Reset

PARIS, 26 Jun – Perancis dan Itali menyatakan sokongan terhadap penubuhan misi Common Security and Defence Policy (CSDP) Kesatuan Eropah ke Lubnan pada musim luruh 2026, sebagai sebahagian daripada usaha membantu negara itu memulihkan kedaulatan penuh dan memperkukuh kestabilan selepas gencatan senjata.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Perancis-Itali yang dikeluarkan sempena Sidang Kemuncak Perancis-Itali ke-36 pada 25 Jun 2026.

“Kami akan terus bersama-sama menyokong usaha pihak berkuasa Lubnan untuk memulihkan kedaulatan penuh ke atas wilayah mereka, khususnya melalui monopoli penggunaan kekerasan dan senjata,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, Perancis dan Itali akan menyokong penubuhan misi CSDP ke Lubnan pada musim luruh 2026, yang akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan termasuk MTC4L, selain diselaraskan dengan inisiatif bilateral sedia ada di negara itu.

Kedua-dua negara turut menegaskan sokongan kepada Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), yang disifatkan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kemajuan selepas gencatan senjata.

“Kami menyokong kuat UNIFIL dan menekankan peranan pentingnya dalam mengukuhkan kemajuan susulan gencatan senjata,” jelas kenyataan itu.

Perancis dan Itali juga menyatakan kesediaan bekerjasama dalam perbincangan pasca-UNIFIL, termasuk menerajui bersama satu gabungan antarabangsa bagi menyokong Lubnan dalam konteks selepas misi tersebut.

Kenyataan bersama itu turut meletakkan isu Lubnan dalam kerangka keselamatan Asia Barat, dengan Paris dan Rom menegaskan diplomasi sebagai jalan untuk mengurangkan ketegangan serta mencari penyelesaian berkekalan bagi menamatkan permusuhan di rantau berkenaan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply