Home Pertahanan dan KeselamatanANKA belum perlu dipersenjatai, fokus kepada risikan dan peninjauan – Khaled

ANKA belum perlu dipersenjatai, fokus kepada risikan dan peninjauan – Khaled

Kementerian Pertahanan menegaskan UAS ANKA ketika ini difokuskan kepada tugas risikan, peninjauan dan komunikasi bagi memperkukuh keupayaan pemantauan ATM.

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kementerian Pertahanan memaklumkan tiada keperluan semasa untuk mempersenjatai Unmanned Aircraft System (UAS) ANKA kerana aset itu digunakan bagi tujuan risikan, peninjauan dan komunikasi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fungsi utama ANKA ketika ini adalah untuk memperkukuh keupayaan pemantauan dan pengumpulan maklumat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tegas beliau, tujuan utama untuk ANKA adalah bagi melaksanakan tugas tinjauan, perisikan dan komunikasi (reconnaissance, intelligence, communication).

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada UAS ANKA yang diterima Malaysia akan dipersenjatai pada masa hadapan.

“Jadi sekarang ini tiada keperluan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, pemilikan ANKA oleh negara turut melibatkan perancangan jangka panjang termasuk hasrat untuk memperoleh keseluruhan sembilan unit aset berkenaan.

“Kita sepatutnya ada sembilan ANKA. Tiga yang pertama, tiga yang kedua yang kita sudah minta, dan tiga yang ketiga,” ujarnya.

Tambah beliau, perolehan seterusnya juga akan memberi penekanan kepada pemindahan teknologi yang lebih bermakna kepada negara.

“Perolehan kita yang kedua, kita akan berbincang satu pemindahan teknologi yang benar-benar bermakna untuk negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan sebarang keputusan untuk mempersenjatai ANKA perlu mengambil kira keperluan operasi, kos dan kesesuaian penggunaannya dalam konteks pertahanan negara.

Malaysia sebelum ini menerima 3 unit UAS ANKA MALE Phase 1 pada Mac 2026 yang ditempatkan dan mula beroperasi di Pangkalan Udara Labuan.

Perolehan itu merupakan sebahagian daripada usaha pemodenan ATM di bawah PSPN dan RTKP 2026-2030 bagi memperkukuh keupayaan pertahanan negara secara berperingkat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply