Home Pertahanan dan KeselamatanMINDEF lancar PSPN, RTKP 2026-2030 perkukuh kesiagaan pertahanan negara

MINDEF lancar PSPN, RTKP 2026-2030 perkukuh kesiagaan pertahanan negara

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kementerian Pertahanan melancarkan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 sebagai hala tuju baharu dalam memperkukuh kesiagaan serta keupayaan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, PSPN berperanan menentukan arah strategik pertahanan negara, manakala RTKP memastikan kapasiti dan keupayaan yang diperlukan dapat dibangunkan secara teratur.

“Jika PSPN menentukan ke mana kita ingin pergi, RTKP pula memastikan kita mempunyai keupayaan untuk sampai ke sasaran tersebut,” katanya.

Menurut beliau, PSPN 2026-2030 menggariskan tujuh teras strategik, 29 strategi dan 103 inisiatif bagi memperkukuh ekosistem pertahanan negara secara menyeluruh.

RTKP pula menjadi dokumen pelengkap kepada PSPN dengan memberi tumpuan kepada pengurusan kapasiti pertahanan, termasuk pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pemodenan aset dan kesiagaan operasi.

“Melalui RTKP, Kementerian memberikan jaminan untuk memastikan pengurusan kapasiti yang teratur bagi memenuhi keperluan PSPN,” ujarnya.

Pelaksanaan kedua-dua dokumen itu turut menekankan pendekatan bersepadu melibatkan kerajaan, masyarakat dan industri pertahanan bagi memastikan pertahanan negara kekal relevan dengan landskap keselamatan semasa.

Pelancaran PSPN dan RTKP 2026-2030 itu dilihat sebagai langkah penting MINDEF dalam memperkukuh daya tahan pertahanan negara, selain memastikan perancangan strategik dan pembangunan kapasiti ATM dilaksanakan secara lebih tersusun.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply