Home Semasa Kalau Anwar berani, buat Pilihan Raya sekarang – Tun Mahathir

Kalau Anwar berani, buat Pilihan Raya sekarang – Tun Mahathir

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Mzrl3g3sIho[/embedyt]

 

PUTRAJAYA, 22 Jan – Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi menentukan sokongan rakyat kepadanya.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, PRU tersebut adalah bagi membuktikan Anwar mempunyai sokongan yang kuat daripada rakyat.

Tun Mahathir turut mendakwa, ketika ini pimpinan Anwar didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat menggugat kedudukannya.

“Saya menang 5 Pilihan Raya dengan majoriti 2 per 3. Rakyat ada peluang untuk menggulingkan saya (tetapi) mereka tidak berbuat demikian. Kalau saya menyalahgunakan kedudukan, saya mungkin tak akan menang pilihan raya,

“Jadi saya cabar Anwar untuk adakan satu Pilihan Raya Umum hari ini, sama ada dia berani atau tidak untuk melihat apa yang rakyat akan katakan,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada Isnin.

Dalam masa yang sama, Dr Mahathir berkata, beliau kini disiasat meskipun terlibat dalam kempen untuk Anwar ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Ketika dia bertanding, saya berkempen untuknya, begitu juga dengan Tun Daim Zainuddin. Kami berdua berkempen untuknya dan sekarang dia mahu menyiasat saya kerana salah laku,

“Saya mudah. Anda boleh menyiasat saya pada bila-bila masa. Anda mempunyai kuasa. Anda boleh menyiasat saya,” jelasnya lagi.-airtimes.my

#TunM #DSAI #semasa #airtimes #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply