Home Pertahanan dan Keselamatan Eurofighter Typhoon tentera udara Jerman gegar ruang udara Subang, sertai Exercise Pitch Black 26

Eurofighter Typhoon tentera udara Jerman gegar ruang udara Subang, sertai Exercise Pitch Black 26

A+A-
Reset

SUBANG, 16 JUL –Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) hari ini berlepas dari Pangkalan Udara Subang bagi meneruskan penerbangan ke Australia untuk menyertai Exercise Pitch Black 26. Pelepasan itu menandakan berakhirnya persinggahan logistik di Malaysia sebelum menyertai latihan udara pelbagai negara yang akan berlangsung dari 20 Julai hingga 7 Ogos ini.

Pergerakan tersebut melibatkan enam pesawat pejuang Eurofighter, tiga pesawat pengangkut Airbus A400M serta dua pesawat pengisian minyak di udara Airbus A330 MRTT. Kesemua aset itu merupakan sebahagian daripada penempatan aset Tentera Jerman ke rantau Indo Pasifik.

Menurut Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, persinggahan di Malaysia merupakan perkara yang penting. Ini bagi memastikan kesemua pesawat Luftwaffe dapat meneruskan penerbangan ke Australia seperti yang dirancang.

Kedutaan itu turut merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Jerman merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada TUDM atas sokongan cemerlang, layanan mesra serta kerjasama erat dalam menjayakan persinggahan penting ini.

“Kerjasama sedemikian mencerminkan hubungan profesional yang kukuh serta kepercayaan bersama antara angkatan tentera kedua dua negara,” kata Kedutaan Jerman di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, kehadiran kesemua aset udara Luftwaffe turut mencerminkan komitmen Jerman untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa, mempromosikan kestabilan serantau serta keselamatan bersama di rantau Indo Pasifik.

Sebelum ini, dua pesawat A400M Luftwaffe tiba di Pangkalan Udara Subang pada 11 dan 13 Julai. Ketibaan itu disusuli enam pesawat pejuang Eurofighter, sebuah lagi pesawat A400M serta dua pesawat MRTT pada 14 Julai bagi melengkapkan kumpulan yang akan menyertai Exercise Pitch Black 26.

Menurut Kedutaan Jerman, penyertaan dalam latihan berkenaan turut membuktikan komitmen Malaysia dan Jerman untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala, meningkatkan keselamatan serantau serta memperluas dialog dengan rakan strategik antarabangsa.

Exercise Pitch Black 26 merupakan latihan udara pelbagai negara yang dianjurkan oleh Tentera Udara Diraja Australia dengan penyertaan angkatan udara dari pelbagai negara di rantau Indo Pasifik dan negara rakan yang lain. – airtimes.my

KATA KUNCI : BeritaEurofighter TyphoonExercise Pitch Black 26LuftwaffeTUDM

Leave a Reply