Home GlobalTentera Filipina, Australia dan Kanada kuasai Palawan dalam Exercise ALON 2025

Tentera Filipina, Australia dan Kanada kuasai Palawan dalam Exercise ALON 2025

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

PALAWAN, 25 OGOS – Tentera Filipina bersama anggota Australia dan Kanada berjaya melaksanakan simulasi penaklukan semula kawasan strategik di San Vicente, Palawan dalam latihan ketenteraan bersama Exercise ALON 2025.

Operasi yang berlangsung semalam menyaksikan pasukan infantri Kor Marin Filipina bergabung dengan anggota Australian Defence Force menawan semula sebuah bangunan sasaran berhampiran pantai.

Serangan itu disokong oleh jet F/A-18 Super Hornet milik Australia dan pesawat FA-50 Tentera Udara Filipina. Pasukan pendaratan pula menggunakan bot RHIB dan bot getah untuk mara ke pantai.

Anggota tentera peserta Exercise ALON 2025 mara ke pantai selepas pendaratan amfibia di Palawan(Foto: FB Richard Marles)

Latihan tersebut turut disaksikan Setiausaha Pertahanan Filipina, Gilbert Teodoro, dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles.

Menurut Marles, latihan itu melambangkan kerjasama erat kedua-dua negara dalam mempertahankan tatanan berasaskan peraturan antarabangsa.

Teodoro pula menegaskan kritikan daripada China terhadap latihan ini merupakan “propaganda paranoia” dan tidak akan melemahkan usaha Filipina mempertahankan haknya di Laut Filipina Barat.

Beliau menambah lokasi latihan itu amat penting kerana berhampiran dengan Kepulauan Kalayaan yang menjadi pintu masuk strategik ke kawasan berkenaan.

Ketua Staf Tentera Filipina, Jeneral Romeo Brawner, menyatakan kejayaan operasi di Palawan membuktikan keupayaan Angkatan Tentera Filipina untuk melindungi wilayahnya.

Katanya, latihan tersebut memberi mesej jelas tentang kesediaan Filipina menangkis sebarang bentuk pencerobohan.

Exercise ALON 2025 akan diteruskan minggu hadapan di Fort Magsaysay, Nueva Ecija. Latihan itu merangkumi komponen darat, laut dan udara dengan penyertaan lebih 3,600 anggota tentera dari Filipina, Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. – airtimes.my

#pertahanan #airtimes #latihan #ExerciseALON2025 #global

Related Articles

Leave a Reply