Skuadron jet pejuang untuk disewa mungkin agak janggal jika dibincangkan, namun pada hakikatnya perkara ini adalah wujud dan tidak mustahil.
Malah, terdapat syarikat antarabangsa telah menceburi bidang ini. Draken, sebuah syarikat perkhidmatan penerbangan persendirian yang terbesar di dunia kini menawarkan perkhidmatan untuk menyewa skuadron tempur.
Berpusat di Amerika Syarikat, Draken telah lama dikenali kerana memiliki salah satu armada pesawat persendirian terbesar, termasuk skuadron jet pejuang, pesawat latihan, dan pelbagai jenis pesawat sokongan.
Syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan latihan simulasi yang komprehensif untuk mana-mana pasukan tentera udara yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Perkhidmatan ini menyediakan pengalaman latihan realistik yang menggabungkan teknologi moden dan beberapa pesawat milik syarikat tersebut. Draken juga menyediakan latihan simulasi tempur yang mencerminkan persekitaran medan sebenar.
Dengan menyewa pesawat tentera, negara tersebut dapat mengakses dengan teknologi terkini, meningkatkan keupayaan pertahanan udara mereka dan dapat mengurangkan beban fiskal.
Ini merupakan satu langkah inovatif kerana ia membuka peluang baru bagi negara-negara yang memerlukan sokongan pertahanan udara mereka tanpa perlu membeli pesawat mereka sendiri.
Draken ditubuhkan pada tahun 2011 dan berpangkalan di Florida, Amerika Syarikat.
Pada masa ini, syarikat itu telah menjalankan pelbagai aktiviti latihan untuk tentera AS, tetapi sedang giat berusaha untuk membuka pangkalan baharu di kawasan Eropah.
Menurut Ketua Eksekutif Draken, Jared Isaacman, model perniagaan mereka adalah menjadi penyedia perkhidmatan udara komersial yang pertama yang menggunakan pesawat pejuang taktikal generasi keempat.
Mendapat akses kepada teknologi terkini
Draken menawarkan pesawat tentera yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan pelbagai. Syarikat ini memiliki sekitar 150 buah pesawat pejuang pejuang termasuk F-16. pelbagai model MiG dan Mirage.
Ini memastikan bahawa negara-negara yang menyewa dengan mereka mendapat akses kepada teknologi pesawat pejuang yang terkini dalam melaksanakan latihan mereka.
Draken dilihat sebagai satu pilihan yang strategik oleh negara Barat dalam memperkasakan keupayaan juruterbang tempur mereka. Ini memandangkan pengalaman syarikat ini yang telah melaksanakan pelbagai misi sebagai aggressor squadron dalam latihan ketenteraan.-airtimes.my
#airtimes #skuadron #draken #sewa #latihan