Home SemasaPenduduk Johor mahu isu pendatang asing diberi perhatian

Penduduk Johor mahu isu pendatang asing diberi perhatian

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

PASIR GUDANG, 8 JUL – Isu pendatang asing menjadi antara kebimbangan yang disuarakan sebahagian penduduk di kawasan Johor Jaya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

Mereka berharap kerajaan yang bakal dipilih dapat memberi perhatian terhadap isu berkenaan bagi memastikan keselamatan komuniti serta penguatkuasaan undang undang terus diperkukuhkan.

Seorang peniaga, Encik Lee, 65, berkata kehadiran pendatang asing di kawasan Johor Jaya merupakan antara perkara yang sering dibincangkan oleh penduduk setempat.

Menurut beliau, isu tersebut memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa supaya kebimbangan masyarakat dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Isu utama di Johor Jaya ini ialah pendatang asing. Jumlah mereka terlalu ramai dan perkara itu perlu diselesaikan.

“Kalau pihak kerajaan mahu mencari, saya boleh tunjukkan lokasi mereka satu per satu,” katanya ketika ditemui Air Times di Johor Jaya.

Beliau turut berharap wakil rakyat yang dipilih selepas PRN Johor 2026 memberi keutamaan kepada penyelesaian isu masyarakat tanpa mengambil masa yang lama.

“Apa sahaja masalah yang timbul, selesaikan dengan cepat. Jangan ditangguhkan atau mengambil masa bertahun tahun,” katanya.

Isu berkaitan pendatang asing merupakan antara perkara yang sering menjadi perhatian di kawasan bandar dan pusat ekonomi yang mempunyai kehadiran tenaga kerja asing.

Pada masa sama, pengurusan isu tersebut memerlukan pendekatan yang seimbang melalui penguatkuasaan undang undang, di samping membezakan pekerja asing yang berada di negara ini secara sah dengan pendatang tanpa izin.

Pandangan yang disuarakan penduduk Johor Jaya mencerminkan harapan agar kerajaan negeri yang bakal dibentuk selepas PRN Johor 2026 dapat memberi perhatian kepada isu keselamatan komuniti di samping menyelesaikan masalah yang memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply