Home SemasaGlobal 4,000 cedera, lebih 78 maut akibat letupan kuat di Pelabuhan Beirut

4,000 cedera, lebih 78 maut akibat letupan kuat di Pelabuhan Beirut

by M.Daim

Beirut, 5 Ogos – Seramai 78 orang dilaporkan maut manakala 4,000 orang cedera akibat satu letupan kuat mengegarkan Pelabuhan Beirut, semalam.

Presiden Lubnan, Michel Aoun mengesahkan sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat telah disimpan di gudang berkenaan.

“Ammonium nitrat telah disimpan di gudang pelabuhan selama 6 tahun tanpa sebarang tindakan atau langkah keselamatan yang sewajarnya,” kata Michel yang dipetik oleh Reuters.

Selain menjadi baja, ammonium nitrat turut digunakan sebagai bahan pembuatan bom.

Kesan kemusnahan akibat letupan kuat dalam kejadian kebakaran di Pelabuhan Beirut.

Dalam kejadian pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia), satu letupan kuat berlaku yang berpunca dari kebakaran pada sebuah gudang di Pelabuhan Beirut.

Letupan yang kuat telah menghasilkan gegaran sekuat 3.3 skala Ritcher dan memusnahkan bangunan serta rumah dalam lingkungan 10 kilometer.

Kesan letupan turut dirasai di Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Rakaman insiden itu turut dikongsikan oleh penduduk Beirut di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply