Home Semasa Bilangan pemegang Kad UNHCR di Malaysia semakin meningkat

Bilangan pemegang Kad UNHCR di Malaysia semakin meningkat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan dalam isu pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang kian bertambah di negara ini.

“Sepatutnya angka pemegang kad UNHCR ini adalah statik (tidak bertambah) tetapi ianya makin meningkat,

“Ini yang menimbulkan masalah dalam negara kita,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut Hamzah, pihaknya akan berbincang dengan Wisma Putra untuk mengkaji semula status UNHCR di negara ini.

“Kita akan berbincang dengan pihak Wisma Putra bagi mencari penyelesaian berhubung isu ini,” ujarnya.

Pada Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri menegaskan status pemegang kad UNHCR tetap diiktiraf sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin.

Ini kerana Malaysia adalah bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967.

Sehingga Mac lalu, seramai 179,521 pemegang kad UNHCR telah dikesan di negara ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply