Home SemasaGlobal Tindakan ketenteraan bukan penyelesaian untuk Yaman – Pakistan

Tindakan ketenteraan bukan penyelesaian untuk Yaman – Pakistan

by M.Daim

ISLAMABAD, 8 Nov – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyatakan konflik di Yaman akan menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau dan tindakan ketenteraan bukanlah satu penyelesaian yang baik

Beliau mengesa semua pihak yang terlibat dalam konflik di Yaman untuk menyelesaikan perkara tersebut di meja rundingan.

Kenyataan Imran Khan dipetik oleh agensi media Pakistan semasa menerima lawatan rasmi oleh Duta Yaman ke Pakistan, Mohammed Motahar Alashabi.

Pada masa yang sama, Imran menggesa saluran bantuan kemanusiaan dibuka bagi menangani masalah kebuluran yang mula melanda negara bergolak di Semenanjung Arab.

Imran turut menyuarakan sokongan Pakistan untuk mengembalikan kuasa pemerintahan Yaman kepada Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini dalam buangan.

Menurut beliau, mengembalikan kuasa pemerintahan kepada Hadi adalah kunci utama kepada keamanan di Yaman.

Related Articles

Leave a Reply