Home SemasaGlobal Kapal frigat Filipina akan dibaikpulih, tingkat upaya

Kapal frigat Filipina akan dibaikpulih, tingkat upaya

by M.Daim

MANILA, 8 Nov – Kapal frigat Tentera Laut Filipina, BRP Gregorio Del Pilar dilaporkan akan ditingkat upaya selepas menjalani proses baik pulih.

Kapal tersebut mengalami kerosakan akibat terkandas di Half Moon Shoal, bahagian Timur Kepulauan Spratlys pada akhir Ogos lalu.

Agensi berita PNA memetik kenyataan jurucakap Tentera Laut Filipina, Komander Jonathan Zata yang mengesahkan status semasa kapal itu.

Aspek komunikasi, persenjataan dan sistem kawalan tembakan akan ditingkat upaya bagi memperkuatkan lagi kapal tersebut.

“Pada ketika ini, bahagian bawah badan kapal sedang dibaiki. Propeler dan peralatan bawah permukaan yang terjejas akan dihantar ke Amerika Syarikat untuk dibaiki,” kata Jonanthan.

Beliau menambah, BRP Del Pilar akan ditingkat upaya pada bahagian komunikasi, persenjataan, dan sistem kawalan tembakan sementara menunggu propeler dan peralatan lain sedang dibaiki di Amerika Syarikat,

Kapal frigat BRP Gregorio Del Pilar terkandas di Half Moon Shoal pada 29 Ogos 2018 lalu.

BRP Del Pilar dijangka beroperasi sebaik sahaja kerja membaik pulih dan tingkat upaya selesai.

Kapal frigat BRP Del Pilar merupakan salah sebuah daripada 3 buah kapal kelas Hamilton yang diperolehi oleh Manila melalui program Excess Defense Articles and Foreign Assistance Act dari Amerika Syarikat.

Sebelum ini, ketiga-tiga kapal kelas Hamilton merupakan kapal pasukan pengawal pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard).

Kapal-kapal ini kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah kapal frigat.

Mampu untuk berlayar sejauh 14,000 batu, kapal ini dilengkapi dengan meriam automatik 76mm Oto Melara, meriam 25mm dan 20mm serta sejumlah mesingan .50 kaliber.

 

Related Articles

Leave a Reply