FLORIDA, 8 Nov – Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) dilaporkan akan memindahkan pusat operasi pertahanan udara mereka keluar dari Pangkalan Udara Tyndall, Florida.
Pusat operasi tersebut kini dipindahkan ke Pangkalan Udara Langley, Virginia. Pemindahan tersebut dibuat selepas Pangkalan Udara Tyndall mengalami kerosakan teruk akibat Taufan Michael yang melanda Florida pada awal Oktober lalu.
Pusat operasi yang dikendalikan oleh 601st Air Operation Center akan terus berada di Langley untuk beberapa tahun.
Taufan Michael yang pernah melanda Florida dan menyebabkan kemusnahan sebanyak USD$ 11 bilion dan meragut 60 nyawa.
Pangkalan Udara Tyndall menempatkan kira-kira 55 buah jet pejuang F-22A Raptor tidak terlepas dari kemusnahan yang dibawa oleh taufan Michael.
Sebelum taufan melanda, sebanyak 33 buah F-22A telah diterbangkan keluar dari pangkalan tersebut ke Ohio. Jet-jet pejuang selebihnya ditempatkan dalam hangar yang kukuh.
Walaupun begitu, taufan Micahel telah menyebabkan kerosakan pada hangar dan pesawat. Dilaporkan sebanyak 17 buah jet pejuang F-22A mengalami kerosakan akibat taufan.
Kerja-kerja membaik pulih pesawat dijalankan serta-merta selepas taufan reda dan kesemua 17 buah jet pejuang yang terjejas kini mula beroperasi dengan baik.