Home SemasaGlobal Perjanjian pertahanan Jepun-Filipina benarkan latihan ketenteraan bersama dua negara

Perjanjian pertahanan Jepun-Filipina benarkan latihan ketenteraan bersama dua negara

by M.Daim

MANILA, 11 JUL – Perjanjian Akses Timbal Balik (RAA) yang dimeterai antara Jepun dan Filipina baru-baru ini dijangka akan pertingkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Perjanjian tersebut merupakan kali pertama melibatkan Jepun dengan negara anggota ASEAN.

Jabatan Pertahanan Negara Filipina dalam satu kenyataan menjelaskan perjanjian yang dimeterai pada Isnin lalu membolehkan latihan ketenteraan bersama dan operasi bencana dilaksanakan di kedua-dua negara,

“Sebelum RAA dimeterai, tentera Jepun hanya dibenarkan untuk menyertai operasi menyelamat dan bantuan bencana sahaja,

“Selain itu, mereka (tentera Jepun) hanya dibenarkan sebagai pemerhati dalam latihan ketenteraan seperti Eksesais Balikatan,” kata jurucakap Jabatan Pertahanan Filipina, Arsenio Andolong.

Beliau menambah, perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua negara akan mempertingkatkan lagi tahap kerjasama pertahanan Filipina-Jepun.

Sementara itu, Panglima Tentera Filipina Jeneral Romeo Brawner Jr menyatakan perjanjian tersebut akan memperkukuhkan lagi hubungan dengan pasukan pertahanan Jepun.

“Perjanjian ini mencerminkan komitmen bersama (Filipina-Jepun) untuk mendukung aturan antarabangsa dan juga mempertahankan keamanan serta kemakmuran serantau,” kata Romeo dalam laporan PNA. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Jepun #filipina

Related Articles

Leave a Reply