Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Veteran Komando TUDM gadai nyawa selamatkan wanita

Veteran Komando TUDM gadai nyawa selamatkan wanita

by M.Daim

PULAU PINANG, 18 Apr – Video seorang wanita berusia 28 tahun yang dipercayai cuba membunuh diri yang telah diselamatkan oleh seorang anggota polis bantuan kini tular di platform media sosial.

Detik cemas telah dirakam oleh seorang nelayan yang terlibat dalam usaha menyelamat. Paparan menunjukkan seorang anggota polis bantuan membawa mangsa keluar dari laut, menaiki bot setelah hampir 45 minit mengapungkan diri.

Kejadian tersebut berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim pada kira-kira jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, anggota polis bantuan yang dikenali sebagai Zaidi Salleh merupakan seorang veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan juga merupakan seorang bekas HANDAU, yang pada hari ini dikenali sebagai PASKAU. Zaidi bertindak terjun dari jambatan yang mempunyai ketinggian 18 ke 20 meter untuk meyelamatkan mangsa.

Berita Harian melaporkan, mangsa telah diselamatkan pada pukul 12.11 pagi dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap.

Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula dengan penubuhan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) pada sekitar 1970-an. Pada tahun 1990-an, pasukan HANDAU kemudiannya disusun semula menjadi PASKAU.

Selain melaksanakan kawalan keselamatan di kawasan pangkalan udara dan aset TUDM serta kemahiran tempur, pasukan elit ini turut mempunyai kemahiran untuk melaksanakan operasi khusus seperti operasi mencari dan menyelamat tempur (Combat Search and Rescue – CSAR).

 

 

Related Articles

Leave a Reply