Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Latihan selamatkan tebusan libatkan pesawat, tingkat kesiagaan PASKAU

Latihan selamatkan tebusan libatkan pesawat, tingkat kesiagaan PASKAU

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Jul – Pasukan Khas Udara (PASKAU) telah melaksanakan Latihan Hostage Rescue melibatkan Pengoperasian Aircraft Anti-Hijack, pada Jumaat.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, semasa pelaksanaan latihan ini, setiap anggota memerlukan disiplin yang tinggi kerana ia melibatkan komponen-komponen elektronik penting di dalam pesawat.

Menurut TUDM, latihan ini juga merupakan priority element yang dipertanggungjawabkan oleh PASKAU iaitu Aircraft Option dalam mencegah ancaman pengganas di dalam pesawat.

“Oleh itu, latihan ini dilaksanakan bagi memastikan kesiapsiagaan anggota PASKAU sentiasa dalam keadaan optimum dalam mengatasi sebarang ancaman yang berunsurkan Anti-Counter Terorrism,” jelas hantaran itu.

PASKAU merupakan pasukan elit TUDM yang menjalankan tugas-tugas mengekang sebarang bentuk serangan dan keganasan dari pihak musuh serta anasir-anasir luar.

PASKAU turut melaksanakan tugas melibatkan senario rampasan pesawat-pesawat TUDM dan awam serta tawanan ke atas pengkalan tentera udara termasuk lapangan terbang awam. -airtimes.my

#pertahanan #TUDM #PASKAU #latihan #tebusan #airtimes

Related Articles

Leave a Reply