Home Pertahanan dan Keselamatan AIROD dan Airbus jalin kerjasama MRO A400M

AIROD dan Airbus jalin kerjasama MRO A400M

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 21 APRIL – AIROD Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bersama Airbus Defence and Space bagi memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kerjasama ini bertujuan meningkatkan keupayaan tempatan dalam menyokong empat armada pesawat pengangkut Airbus A400M TUDM, sekali gus memastikan tahap kesiapsiagaan operasi yang tinggi.

AIROD dalam satu kenyataan berkata, Airbus Defence and Space akan menyumbang melalui pemindahan kepakaran teknikal, piawaian serta amalan terbaik bagi membangunkan keupayaan MRO tempatan.

Inisiatif yang diteroka termasuk pembangunan program latihan teknikal A400M, pembaikan struktur pesawat di luar skim serta peluasan perkhidmatan khusus seperti pengecatan pesawat.

Dalam masa sama, AIROD dijangka menyokong penservisan armada A400M TUDM termasuk aktiviti pengecatan dengan kerjasama Satys Aerospace, rakan kongsi Airbus Tahap 1 yang berpengalaman di talian pemasangan akhir pesawat.

Pendekatan ini akan memperkenalkan teknologi dan bahan terkini serta meningkatkan standard teknikal AIROD ke tahap antarabangsa.

Kerjasama tersebut turut mencerminkan usaha Malaysia memperkukuh kebergantungan kepada keupayaan tempatan melalui pemindahan teknologi dan pembangunan bakat berkemahiran tinggi.

Ia selaras dengan pelaksanaan Program Kolaborasi Industri dan Dasar Industri Pertahanan Negara dalam memperkukuh pangkalan industri pertahanan.

Presiden Kumpulan NADI, Datuk Edron Hayata Ahmad berkata, kerjasama itu merupakan langkah penting dalam memperkukuh ekosistem aeroangkasa pertahanan negara serta menyokong kesiapsiagaan operasi TUDM.

Pada masa sama, ia membuka laluan untuk memposisikan Malaysia sebagai hab serantau yang berwibawa dalam penyelenggaraan pesawat tentera.

Majlis pemeteraian sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026 turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menandakan komitmen kerajaan dalam memperkukuh industri aeroangkasa pertahanan negara.-airtimes.my

KATA KUNCI : A400Maeroangkasa MalaysiaAirbusAirodDSA2026Industri Pertahanankerjasama strategikMRONADITUDM

Leave a Reply