Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara 3 Hornet TUDM sertai Pitch Black, eksesais pertempuran udara terbesar di dunia

3 Hornet TUDM sertai Pitch Black, eksesais pertempuran udara terbesar di dunia

by Nurulhuda

BUTTERWORTH, 8 Jul – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar 3 pesawat tempur F/A-18D Hornet dan peswat pengangkut A400M untuk menyertai Eksesais Pitch Black 2024 yang akan berlangsung pada 12 Julai hingga 2 Ogos 2024 di Australia.

Majlis penghantaran kontijen tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Pangkalan Udara Butterworth, hari ini.

Menurut TUDM, penyertaan eksesais pertempuran udara utama dan terbesar yang diadakan 2 tahun sekali oleh Australia ini merupakan penyertaan keempat TUDM selepas terlibat pada tahun 2008, 2018 dan 2022.

“Eksesais melibatkan seramai 37 pegawai dan 66 anggota serta 3 buah pesawat tempur F/A-18 D Hornet bersama sebuah pesawat angkut A400M,

“Kontijen TUDM akan diketuai oleh Kolonel Hasfa Nyzam Abdul Hamid TUDM selaku Ketua Deligasi,” jelas TUDM dalam satu kenyataan pada Isnin.

TUDMmenjelaskan, pada edisi kali ini, eksesais akan menjadi penganjuran terbesar sepanjang 43 tahun dilaksanakan dimana ia akan disertai oleh 20 buah negara melibatkan 140 buah pesawat pelbagai varian dengan kehadiran kira-kira 4,435 orang penyertaan anggota.

Juruterbang pesawat tempur F/A-18D Hornet TUDM yang menyertai Eksesais Pitch Black 2024 yang akan berlangsung pada 12 Julai hingga 2 Ogos 2024 di Australia.Foto:TUDM

Antara negara-negara yang akan menyertai Pitch Black 2024 ialah Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Kanada, New Zealand, Fiji, Korea, Jepun, Singapura, Filipina, India, Thailand, Indonesia, Brunei dan beberapa negara lagi.

Semasa eksesais ini, TUDM akan terlibat dalam latihan Force Integration Phase (Latihan pertempuran udara iaitu Basic Fighter Maneuvers (BFM)), Air Combat Tactic (Latihan pertempuran udara melalui konsep Beyond Visual Range), Large Force Employment Phase (Menggabungkan semua aset pejuang, Multi Role Transport Tanker dan Command and Control (C2) melaksanakan Integrated Air Operation) dan Air to Air Refueling.

“Pembabitan TUDM dalam eksesais berskala besar ini secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan baru kepada anak kapal dan krew pesawat yang terlibat dari segi perancangan dan pelaksanaan eksesais yang penuh mencabar,

“Dengan penyertaan TUDM dalam eksesais ini juga mampu menyumbang kepada peningkatan tahap kesiagaan operasi, kebolehkendalian (Interoperability) aset-aset strategik milik TUDM, penguasaan taktik peperangan udara selain meningkatkan kapasiti dan kemahiran pegawai dan anggota TUDM yang terlibat,” jelas TUDM lagi.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara menyempurnakan pemakaian ‘patches’ Pitch Black 2024 kepada pegawai dan anggota yang terlibat dalam eksesais ini serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Turut hadir, Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada Ismail TUDM dan Panglima Wilayah Udara 1, Mejar Jeneral Dato’ Mahadzer Amin TUDM.-airtimes.my

#TUDM #pertahanan #PitchBlack2024 #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply