Home Pertahanan dan Keselamatan MINDEF kaji semula SOP tugasan anggota tentera di lapangan – Adly

MINDEF kaji semula SOP tugasan anggota tentera di lapangan – Adly

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Jul – Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan aspek keselamatan anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.

Timbalan Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya melalui Agkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menambah baik aspek keselamatan termasuk komunikasi anggota yang melaksanakan operasi berkenaan.

Menurutnya, walaupun setiap kemalangan atau kejadian yang berlaku tidak dijangka, namun persediaan perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi berdepan sebarang kemungkinan.

“Kita tahu dalam operasi atau latihan akan berlaku kemalangan tidak berbau, namun pada masa sama dari segi persediaan perlu dilakukan untuk memastikan bekalan makanan dan sebagainya mencukupi untuk menyelamatkan nyawa mereka ketika berada dalam operasi,

“Walaupun anggota tentera telah diberikan latihan terutama berkait dengan ikhtiar hidup, kita tetap akan membuat penilaian dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi veteran tentera, Hassan Ahmad, 63, di Kampung Chekok, Temangan, pada Ahad.

Pada Sabtu, anggota daripada Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (7 RS), Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim ditemukan selamat oleh kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) selepas dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op Ukur bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang, Sarawak, pada 18 Jun lepas.

Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan, Pbt Syafq telah menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.

Menurut TDM, Pbt Syafiq ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi.

Penarikan keluar mangsa telah berjaya dilaksanakan dan mangsa telah dibawa menggunakan pesawat EC 725 AP Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Lapangan Terbang Miri sebelum dibawa ke Hospital Miri. -airtimes.my

Kemalangan antara perkara yang cuba dielakkan namun dalam masa sama Mindef akan memperbaiki aspek keselamatan melibatkan anggota. – Adly

#pertahanan #sop #operasi #airtimes #hilang #ATM

Related Articles

Leave a Reply