if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Malaysia sambut baik Deklarasi Beijing untuk perpaduan nasional Palestin

Malaysia sambut baik Deklarasi Beijing untuk perpaduan nasional Palestin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Malaysia mengalu-alukan Deklarasi Beijing bagi menamatkan dan mengukuhkan perpaduan rakyat Palestin yang dimeterai oleh wakil-wakil Palestin di Beijing pada 23 Julai di bawah kerangka Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk membentuk kerajaan sementara perpaduan nasional.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) memaklumkan, Deklarasi Beijing merupakan pencapaian besar bagi Palestin dalam mewujudkan perpaduan dan perdamaian nasionalnya.

“Malaysia percaya ini akan membawa manfaat kepada semua pihak, termasuk rakyat Palestin. Kami menggalakkan semua pihak berkepentingan untuk terus komited terhadap objektif deklarasi yang penting ini,” kata Wisma Putra dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut kementerian itu, Malaysia turut memuji inisiatif dan usaha China yang telah merealisasikan Deklarasi itu.

Jelasnya, walaupun proses perdamaian adalah isu dalaman pelbagai kumpulan rakyat Palestin, sokongan daripada masyarakat antarabangsa juga amat penting.

“Malaysia menyambut baik usaha ini dan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mencapai keamanan. Malaysia tetap berharap bahawa perjanjian ini akan membuka jalan bagi kestabilan dan kemakmuran yang berkekalan di rantau ini,

“Sama pentingnya adalah komitmen semua pihak untuk bekerjasama menangani cabaran yang dihadapi oleh Palestin, termasuk menentang penempatan haram serta memastikan saluran bantuan kemanusiaan dan perubatan yang berterusan kepada rakyat Palestin,” jelas kenyataan itu lagi.

Malaysia tetap teguh dalam sokongannya terhadap penubuhan negara Palestin dan menggesa kerajaan-kerajaan yang belum mengiktiraf negara Palestin untuk berbuat sedemikian.

“Malaysia bersedia memainkan peranan mengikut kemampuan untuk menyumbang kepada pelaksanaan Deklarasi yang berkesan,” tambah kenyataan itu.

Pada Selasa, wakil daripada 14 kumpulan Palestin mencapai persetujuan secara praktikal dan terperinci untuk menamatkan perpecahan serta mengukuhkan perpaduan.

Wakil 14 kumpulan itu termasuk Fatah dan Hamas yang menghadiri rundingan perdamaian dan menandatangani Deklarasi Beijing yang berlangsung dari 21 Julai hingga 23 Julai.

Fatah dan Hamas yang juga 2 kuasa besar politik Palestin dilapor menandatangani deklarasi itu bagi menamatkan perpecahan yang sudah berlarutan sekian lama.-airtimes.my

#semasa #Malaysia #Palestin #DeklarasiBeijing #China #airtimes

Related Articles

Leave a Reply