Home SemasaGlobal Pemberontak Myanmar dalang kegiatan penyeludupan dadah – Thailand

Pemberontak Myanmar dalang kegiatan penyeludupan dadah – Thailand

by M.Daim

BANGKOK, 10 JUL – Pasukan tentera Thailand mendakwa persengketaan di Myanmar telah membawa kepada peningkatan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan sempadan di antara kedua-dua negara.

Perkara tersebut didedahkan oleh pasukan petugas Pha Muang Force, Tentera Darat Diraja Thailand.

Menurut timbalan komander Pha Muang Force, pasukan pemberontak Myanmar telah menggunakan dadah sebagai punca kewangan mereka bagi menentang kerajaan junta.

“Pihak pemberontak etnik di Myanmar memerlukan wang bagi membeli senjata dan juga membiayai anggota mereka,” kata Kolonel Meechai Nillasart seperti dilaporkan oleh Bangkok Post.

Menurut laporan itu, pihak Pha Muang Force telah merampas 151 juta pil methamphetamin semenjak Oktober 2023 lalu.

“Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding 42 juta pada tempoh yang sama untuk tahun Oktober 2022,

“Turut dirampas adalah 256 kilogram heroin dan 1,350 kg methamphetamine kristal,” kata laporan itu.

Selain itu, 347 suspek telah ditahan dan 29 penyeludup berjaya ditembak mati dalam beberapa siri pertempuran di kawasan sempadan Thailand-Myanmar.

“Terdapat jutaan pil dadah dipercayai masih lagi disimpan di kawasan sempadan Myanmar dan menanti masa untuk diseludup masuk ke kawasan utara Thailand,” kata Meechai.

Pha Muang Force merupakan kumpulan petugas tetnter yang bertanggungjawab untuk mengawal sempadan dan membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan utara Thailand. Pasukan ini bertanggungjawab mengawal sempadan sepanjang 933 kilomter.

Pada ketika ini, pertempuran bersenjata di antara kumpulan pemberontak dan tentera kerajaan Myanmar masih berlaku semenjak 2021. Konflik di negara yang pernah digelar sebagai bakul beras Asia Tenggara itu berlaku selepas tentera Myanmar melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi. – airtimes.my

#AirTimes #global #myanmar #thailand

Related Articles

Leave a Reply