Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RMKe-13: Rancangan perolehan aset TLDM dianggar berjumlah RM10 bilion – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan RMKe-13: Rancangan perolehan aset TLDM dianggar berjumlah RM10 bilion

RMKe-13: Rancangan perolehan aset TLDM dianggar berjumlah RM10 bilion

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 JUL – Rancangan perolehan aset baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM10 bilion untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari semasa Perbahasan Penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, perolehan Kapal Misi Pesisir (Littoral Mission Ship) Batch Kedua (LMSB2) yang dilakukan oleh kerajaan pada Jun lalu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan armada TLDM.

“Di bawah RMKe-13 pula, usaha memperkasakan armada TLDM diteruskan dengan termeterainya perjanjian perolehan bagi tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 2 dengan negara Turkiye baru-baru ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Perolehan 3 buah LMSB2 itu dilakukan melalui kaedah Government to Government (G2G) dengan negara Turkiye.

RMKe-13 merangkumi tempoh tahun 2026-2030.

“Perolehan bagi baki 3 buah LMS lagi akan dimasukkan di bawah RMKe-13,” ujar beliau.

Selain LMS, TLDM turut merancang perolehan 2 buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS),  3 buah kapal Littoral Mission Ship Batch 3, 4 buah helikopter anti kapal selam dan 6 buah Unmanned Aerial Vehicle (UAV).

“Proses perolehan bagi aset-aset baharu ini dijangka berlangsung sehingga 2030. Kesemua perolehan aset TLDM ini dianggarkan berjumlah RM10 – RM11 bilion bergantung kepada keadaan ekonomi semasa kerajaan,” katanya. – airtimes.my

#AirTimes ##Malaysia #Pertahanan

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?