Home Pertahanan dan KeselamatanUjian Rentas Halangan KNDKA: 69 Komando jadi juara 3 kali berturut-turut

Ujian Rentas Halangan KNDKA: 69 Komando jadi juara 3 kali berturut-turut

by Zaki Salleh
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 24 JUL– Gelaran sebagai juara keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut meletakkan pasukan 69 Komando dalam kedudukan tersendiri untuk layak digelar sebagai terbaik.

Kekentalan tersebut mereka pamerkan sekali lagi pada Kejohanan Ujian Rentas Halangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Tahun 2026.

Kali ini Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menjadi lokasi pertandingan yang berlangsung selama empat hari bermula 19 hingga 22 Julai dengan penyertaan kira-kira 320 peserta.

Pasukan 69 Komando mencatat masa terpantas 7 minit 18.56 saat dalam acara berpasukan pada peringkat akhir yang nyata tidak mudah dicapai.

Mengikut rapat di tempat kedua adalah Unit Tindak Khas (UTK) dengan catatan masa 7 minit 38.23 saat.

Briged Sabah PGA menduduki tempat ketiga manakala Pasukan Simpanan Persekutuan dan Briged Sarawak PGA masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Kejohanan yang menuntut stamina tinggi ini berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, disiplin dan profesionalisme.

Selain 20 pasukan dan formasi di bawah Jabatan JKDNKA, acara ini turut menyaksikan penyertaan 40 peserta individu yang bersaing merebut gelaran peserta terpantas.

Bagi acara individu, L/Kpl Giodenerio Geon dari Briged Sabah PGA (Batalion 21) muncul juara dengan catatan masa 7 minit 12.75 saat.

Tempat kedua L/Kpl Muhammad Hakimi dari 69 Komando diikuti L/Kpl Muhammad Hazim/UTK (ketiga) dan Kpl Khairul Anwar/UTK (keempat).

Penganjuran kejohanan ini menjadi platform menguji tahap kecergasan fizikal, ketahanan mental, kemahiran taktikal serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga JKDNKA.

Ini sekali gus mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi dalam menyokong pembangunan kompetensi dan kesiapsiagaan warga jabatan.

Seterusnya memastikan warga JKDNKA sentiasa bersedia dan cekap dalam mendepani cabaran keselamatan dalam negeri serta ketenteraman awam yang semakin dinamik.

Kemuncak acara adalah majlis penutup dan penyampaian hadiah yang disempurnakan Pengarah JKDNKA, Komisioner Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri.

Dalam ucapannya, Mohd Yusri menzahirkan penghargaan kepada semua urus setia, pegawai, anggota dan kontinjen yang telah menjayakan kejohanan ini.

Beliau turut menegaskan bahawa ujian rentas halangan bukan sekadar pertandingan, malah merupakan medan membina daya tahan fizikal, ketahanan mental dan kepimpinan.

Tidak terkecuali ia menonjolkan semangat berpasukan yang menjadi elemen penting dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply