Home SemasaGlobalIndia buka awal 32 lapangan terbang susulan gencatan senjata dengan Pakistan

India buka awal 32 lapangan terbang susulan gencatan senjata dengan Pakistan

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

NEW DELHI, 13 MEI – Pihak berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) memaklumkan, sebanyak 32 lapangan terbang yang sebelum ini ditutup sementara bagi operasi pesawat awam kini kembali beroperasi sepenuhnya serta-merta.

Sebelum ini, operasi penerbangan awam di lapangan terbang tersebut digantung sehingga 15 Mei 2025, susulan perubahan keadaan ruang udara dan keperluan operasi keselamatan.

“Memandangkan keadaan yang berubah dan keadaan ruang udara yang dinamik, operasi penerbangan komersial telah digantung buat sementara waktu di 32 Lapangan Terbang sehingga jam 05:29 pada 15 Mei 2025. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapangan Terbang ini kini beroperasi sepenuhnya untuk pergerakan berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan AAI yang disiarkan menerusi laman X.

Ujarnya, penumpang yang dijadualkan berlepas dari mana-mana lapangan terbang berkenaan dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing dan sentiasa memantau laman sesawang rasmi untuk maklumat terkini.

Mengulas lanjut, pembukaan semula ruang udara India ini menyusul selepas Pakistan mengambil langkah awal membuka semula ruang udaranya kepada penerbangan awam, yang sebelum ini turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga susulan konflik.

Tindakan tersebut dipercayai berkait rapat dengan perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara kedua-dua negara pada hari Sabtu, sekali gus meredakan ketegangan ketenteraan yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

#AirTimes #India #gencatansenjata

Related Articles

Leave a Reply