Home SemasaGlobalTaiwan uji tembak sistem roket HIMARS, tingkat keupayaan pertahanan

Taiwan uji tembak sistem roket HIMARS, tingkat keupayaan pertahanan

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

JIUPENG, 13 MEI – Taiwan, buat kali pertama telah menjalankan ujian tembakan sistem roket artileri HIMARS yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, dalam usaha memperkukuh keupayaan pertahanan negara itu menghadapi ancaman ketenteraan dari China.

Pegawai Tentera Taiwan, Mejar Ho Hsiang-yih, berkata, ujian tembakan di Pusat Ujian Jiupeng ini turut disertai oleh kakitangan teknikal dari Amerika Syarikat bagi memastikan kelancaran operasi.

“Saya percaya ujian tembakan ini menunjukkan komitmen dan keazaman tentera untuk mempertahankan keselamatan negara serta melindungi tanah air tercinta,” katanya kepada media.

Sementara itu, sehari sebelum ujian dijalankan, Taiwan turut mengesan aktiviti rondaan “kesediaan tempur bersama” oleh tentera China yang melibatkan pesawat pejuang dan kapal perang di sekitar perairannya.

Katanya lagi, hubungan ketenteraan itu dilihat semakin penting berikutan peningkatan tekanan ketenteraan oleh China, termasuk beberapa siri latihan tempur berhampiran pulau tersebut.

Justeru, kerajaan Taiwan yang dipilih secara demokratik menolak tuntutan kedaulatan oleh Beijing, dengan menegaskan hanya rakyat Taiwan berhak menentukan masa depan mereka.

Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) buatan Lockheed Martin, merupakan antara aset ketenteraan utama yang digunakan Ukraine dalam peperangan menentang Rusia.

Dengan jarak tembakan mencecah 300 kilometer, HIMARS berupaya menyerang sasaran di pesisir selatan wilayah Fujian, China yang terletak di seberang Selat Taiwan sekiranya tercetus konflik.

“Taiwan setakat ini telah membeli sebanyak 29 unit HIMARS, dengan 11 daripadanya diterima tahun lalu dan selebihnya dijangka tiba menjelang tahun depan,” nyatanya.

Amerika Syarikat kekal sebagai pembekal utama persenjataan Taiwan walaupun kedua-dua pihak tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi. -airtimes.my

#Airtimes #HIMARS #Taiwan #AS #China

Related Articles

Leave a Reply