Home GlobalAS tolak pelan gencatan senjata Iran, buka ruang rundingan baharu

AS tolak pelan gencatan senjata Iran, buka ruang rundingan baharu

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

WASHINGTON, 9 APR– Rumah Putih mengesahkan cadangan gencatan senjata 10 perkara oleh Iran telah ditolak sepenuhnya. Bagaimanapun, Washington memberi isyarat terbuka untuk menilai semula rangka rundingan yang dikemas kini.

Setiausaha akhbar, Karoline Leavitt berkata, cadangan baharu oleh Tehran kini sedang dipertimbangkan sebagai asas rundingan. Perkara itu disampaikan oleh beliau kepada pemberita pada Rabu.

“Kami telah menerima cadangan daripada rakyat Iran yang telah ditentukan sebagai asas yang boleh digunakan untuk berunding,” katanya.

Menurutnya, cadangan awal Iran tidak memenuhi jangkaan pihak Amerika Syarikat.

“Rakyat Iran pada asalnya mengemukakan rancangan 10 perkara yang pada asasnya tidak serius, tidak boleh diterima, dan dibuang sepenuhnya,” tambahnya.

Dalam masa sama, beliau turut memetik pendirian Presiden AS, Donald Trump berhubung perkara itu. Katanya, cadangan terdahulu telah ditolak secara langsung oleh Presiden dan pauskan rundingannya.

“Ia secara literal dibuang ke dalam tong sampah oleh Presiden Trump dan pasukan rundingannya,” ujarnya.

Perkembangan ini berlaku ketika konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran terus memuncak. Usaha diplomatik dilihat masih berjalan, namun berdepan cabaran besar dari segi kepercayaan dan kesepakatan awal. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply