Home GlobalKonflik Asia Barat: Iran, AS dan Israel capai gencatan senjata 2 minggu

Konflik Asia Barat: Iran, AS dan Israel capai gencatan senjata 2 minggu

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

TEHRAN, 8 Apr – Iran bersetuju menghentikan operasi ketenteraan secara bersyarat sekiranya serangan terhadapnya dihentikan, sambil menawarkan laluan selamat di Selat Hormuz selama dua minggu.

Perkembangan itu disahkan oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dalam satu kenyataan rasmi, susulan usaha diplomatik melibatkan beberapa pihak termasuk Amerika Syarikat dan Pakistan.

Menurut Abbas Araghchi, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira cadangan rundingan oleh Amerika Syarikat serta rangka kerja cadangan Iran sendiri.

“Jika serangan terhadap Iran dihentikan, angkatan tentera kami akan menghentikan operasi pertahanan mereka,” katanya.

Beliau menambah, laluan di Selat Hormuz akan dibuka secara selamat untuk tempoh dua minggu dengan penyelarasan bersama angkatan tentera Iran serta mengambil kira kekangan teknikal.

Dalam masa sama, media antarabangsa termasuk Reuters melaporkan gencatan senjata sementara turut melibatkan Israel sebagai langkah meredakan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan persetujuan tersebut tidak melibatkan operasi di Lubnan, sekali gus menunjukkan konflik serantau masih belum berakhir sepenuhnya.

Media sebelum ini melaporkan peningkatan ketegangan antara Iran dan Israel mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan perang berskala besar yang boleh menjejaskan keselamatan serantau serta ekonomi global. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply