if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Enjin terbakar: Pesawat AirAsia 171 penumpang sempat patah balik

Enjin terbakar: Pesawat AirAsia 171 penumpang sempat patah balik

by Suraya Aziz

SEPANG, 27 MAC – Juruterbang syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia sempat berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, susulan kebakaran enjin, awal pagi ini.

Difahamakan pesawat yang membawa 171 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Shenzhen, China.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 10.37 malam, semalam.

“Seramai 9 anggota, jentera dan 3 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian,

“Pesawat mendarat dengan selamat pada jam 12.08 pagi dan kesemua 171 penumpang serta anak kapal berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, pesawat jenis Airbus A320-216 terbabit dilaporkan bertolak pada jam 9.59 malam, sebelum berpatah balik ke KLIA 2 kerana berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.

Ujar Mukhlis, sebelum mendarat, pesawat sempat berlegar di ruang udara bagi menunggu arahan pendaratan, sementara sistem pemadaman kebakaran Halon diaktifkan bagi mengawal api yang dipercayai berpunca daripada ‘Pneumatic Ducting Burst’.

“Api telah dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum mendarat. Anggota bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api,” tambah kenyataan tersebut -airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #pesawat #pendaratancemas #airasia #enjinterbakar

Related Articles

Leave a Reply