Home SemasaGlobal Nahas helikopter: Presiden, Menteri Luar Iran disahkan terkorban

Nahas helikopter: Presiden, Menteri Luar Iran disahkan terkorban

by M.Daim

TEHRAN, 20 MEI – Presiden Iran, Ebrahim Raisi disahkan terkorban dalam nahas melibatkan helikopter Bell 212.

Turut terkorban dalam nahas udara tersebut ialah Hossein Amir-Abdollahian.

Kematian kedua-dua pemimpin Iran itu telah disahkan oleh pihak kerajaan dan media Iran.

“Tiada mangsa yang selamat ditemui dilokasi kejadian nahas,” kata Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Kolivand yang dipetik oleh stesen televisyen kerajaan Iran.

Operasi menyelamat telah dilancarkan oleh Iran sejurus helikopter yang membawa Ebrahim dan Hossein dilaporkan hilang.

Pun begitu, operasi menyelamat mengalami jalan buntu akibat cuaca berkabus.

Turkiye telah menghantar pesawat tanpa pemandu (UAV) Akinci bagi mengesan kedudukan lokasi nahas di kawasan pergunungan. Pesawat tersebut telah berjaya mengesan kesan haba helikopter yang terhempas dan telah menyalurkan maklumat lokasi kepada pihak kerajaan Iran.

Ebrahim, 63 tahun telah memegang jawatan sebagai Presiden Iran semenjak tahun 2021.

Beliau bersama Hossein, 60 tahun sebelum itu menghadiri satu majlis rasmi di sempadan Iran-Azerbaijan. Ebrahim telah merasmikan Empangan Qiz-Qalasi yang dilaksanakan secara bersama dengan Azerbaijan. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Iran

Related Articles

Leave a Reply