Home SemasaGlobal Helikopter Presiden Iran dikhuatiri terhempas, kabus tebal jejaskan operasi menyelamat

Helikopter Presiden Iran dikhuatiri terhempas, kabus tebal jejaskan operasi menyelamat

by M.Daim

TEHRAN, 19 MEI – Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terhempas selepas dilaporkan hilang di kawasan Barat Laut negara Teluk itu, hari ini.

Pihak berkuasa Iran menyatakan operasi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan.

Sementara itu, media Iran yang memetik sumber pasukan menyelamat menyatakan operasi mencari sukar berikutan kabus tebal di kawasan kejadian.

Selain Ebrahim Raisi, helikopter tersebut turut membawa Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian; Gabenor Azerbaijan Timur, Malek Rahmati; Imam Solat Jumaat Azerbaijan Timur Mohammad Ali Ale-Hashem.

Sehingga kini, nasib Presiden Iran dan  yang lain masih lagi belum diketahui apabila kedudukan helikopter tersebut masih lagi belum ditemui sehingga kini. – airtimes.my

#AirTimes #Iran #Global

Related Articles

Leave a Reply