Home SemasaGlobal Korea Utara sahkan mereka uji misil hipersonik baharu

Korea Utara sahkan mereka uji misil hipersonik baharu

by M.Daim

SEOUL, 15 JAN – Kerajaan Korea Utara menyatakan mereka telah menguji misil balistik hipersonik baharu.

Misil tersebut dilaporkan mempunyai enjin baharu dan mampu untuk menggempur sasaran pada jarak 3,000 hingga 5,500 kilometer.

Ini sekaligus mengesahkan jenis misil balistik yang dilancarkan oleh Pyongyang, semalam. Jenis misil yang dilancarkan oleh Korea Utara pada ketika itu tidak dapat dikenalpasti oleh Jepun dan Korea Selatan semasa penembakan.

“Penembakan misil ini adalah untuk menguji kemampuan enjin roket bahan api pepejal berbilang peringkat (multi-stage high-thrust solid-fuel engines),

“Selain itu, ia juga melibatkan misil balistik hipersonik jarak sederhana yang mempunyai kepala peledak mampu dikawal,” lapor media Korea Utara, KCNA.

Menurut laporan itu, ujian yang diadakan pada Ahad tidak memberikan sebarang ancaman keselamatan kepada negara-negara jiran.

Namun begitu, Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada Pyongyang bahawa penembakan misil balistik tersebut merupakan satu provokasi. Pada masa yang sama, pihak Seoul menggesa Korea Utara untuk menghentikan segala aktiviti berkaitan penembakan peluru berpandu balistik.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan pula menegaskan tindakan Pyongyang merupakan satu provokasi yang jelas melanggar resolusi Mjalis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – airtimes.my

#AirTimes #Global #Korea

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!