Home Pertahanan dan Keselamatan MINDEF agih 10,000 unit keperluan asas untuk mangsa banjir di Johor

MINDEF agih 10,000 unit keperluan asas untuk mangsa banjir di Johor

by Nurulhuda

JOHOR, 15 Jan 24 – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) dalam usaha untuk mengagihkan bantuan berupa 10,000 unit barangan keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di negeri Johor.

Pihak 7 Bgd memaklumkan, pengagihan tersebut tertumpu di 3 buah daerah iaitu daerah Johor Bahru, Kluang dan Kota Tinggi.

Simbolik penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Pusat Khidmat Rakyat Kota Tinggi, pada Sabtu lalu.

“Barangan bantuan tersebut diambil dari Depot Simpanan Pertahanan, Kuala Lumpur dengan mengaturgerakkan 6 unit kenderaan 3 tan dari elemen 7 Briged sekitar Johor,” jelas 7 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya, pada Ahad.

Dalam perkembangan yang sama, 7 Briged menjelaskan, pihaknya terus komited dalam memberikan bantuan kepada Pihak Berkuasa Awam yang lain selaras dengan konsep pertahanan menyeluruh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Pegawai Daerah Kota Tinggi menghadiri upacara simbolik penerimaan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan institut pengajian tinggi kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.

Terkini, 7 Briged mengaturgerakkan 1 unit kenderaan 3 tan bersama 6 orang anggota dari pasukan 7 Woksyop Briged ke Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bandar Baru Uda, bagi membantu pengambilan barangan bantuan banjir, untuk dihantar ke stor bencana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi.

Selain itu, Khaled memaklumkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan serami 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini bermula semalam.

Jelasnya, anggota yang ditempatkan terdiri daripada 5 pegawai dan 55 anggota.

“Anggota yang terlibat juga telah ditentukan mana yang perlu bantu bersihkan dan akan terus berada di daerah ini dan membantu melaksanakan kerja pascabanjir sehinggaselesai dan membantu kerja-kerja lain yang diperlukan,” katanya seperti di lapor Bernama.

Sejak awal bulan lalu, Johor menjadi negeri ke 3 dilanda banjir akibat monsun timur laut selepas Kelantan dan Terengganu.

Sehingga hari ini, sebanyak 456 orang masih berlindung di 7 PPS, dengan 136 mangsa di sebuah PPS di daerah Mersing; 124 mangsa di 2 PPS di Kota Tinggi; 88 mangsa di 2 PPS di Segamat; 85 orang di sebuah PPS di Kluang; dan 23 mangsa di sebuah PPS di Batu Pahat.-airtimes.my

#banjir #ATM #Mindef #airtimes #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply