Home SemasaGlobal Sidang tergempar PBB capai undian majoriti, gesa gencatan kemanusiaan di Gaza

Sidang tergempar PBB capai undian majoriti, gesa gencatan kemanusiaan di Gaza

by M.Daim

NEW YORK, 13 DIS – Mesyuarat tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini telah menggesa gencatan kemanusiaan diadakan dengan segera di Gaza.

Sidang tergempar yang diadakan pada hari Selasa (Rabu waktu Malaysia) itu menyaksikan resolusi gencatan kemanusiaan di Gaza telah menerima undian majoriti.

Undian tersebut menyaksikan 153 negara bersetuju manakala 10 menolak dan 23 berkecuali.

Menurut pihak PBB, keputusan undian tersebut sekaligus menyaksikan majoriti 2/3 yang diperlukan.

Sidang tergempar ini telah dibuat selepas Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan beliau terhadap situasi semasa di Gaza.

Dalam surat bertarikh 6 Disember lalu, Antonio telah menggunakan Artikel 99 Perlembagaan PBB yang memberikan amaran implikasi konflik di Timur Tengah yang akan mengancam keselamatan global.

Selain menuntut gencatan kemanusiaan dengan segera, resolusi itu turut menyatakan pembebasan kesemua tahanan tanpa syarat.

Resolusi tersebut turut mengulangi untutan agar semua pihak mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya berkaitan dengan perlindungan penduduk sivil. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Global

Related Articles

Leave a Reply