Home SemasaGlobal Perang Gaza: Angka kematian meningkat, hampiri angka 10 ribu

Perang Gaza: Angka kematian meningkat, hampiri angka 10 ribu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 NOV – Perang Gaza yang memasuki hampir sebulan telah meragut 9,770 nyawa.

Dalam statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin, angka tersebut merangkumi 4,800 kanak-kanak dan 2,550 wanita.

Selain itu, sekurang-kurangnya 26,000 ribu penduduk dilaporkan mengalami kecederaan termasuk 6,360 kanak-kanak serta 4,891 wanita.

Seramai 2,200 mangsa dilaporkan hilang dan dipercayai di bawah runtuhan bangunan. Angka tersebut melibatkan 1,250 kanak-kanak.

Sementara itu, di Tebing Barat, 152 orang termasuk 41 kanak-kanak dilaporkan terkorban dalam ketegangan yang berlaku di wilayah itu. Dilaporkan seramai 2,100 lagi cedera. – airtimes.my

#AirTimes #malaysia #Gaza

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!