Home SemasaGlobal Korea Utara jadi kuasa nuklear terkuat di dunia

Korea Utara jadi kuasa nuklear terkuat di dunia

by M.Daim

SEOUL, 6 Nov – Korea Utara mendakwa mereka telah menjadi negara yang berjaya membina kekuatan nuklear terkuat di dunia.

Negara itu sebelum ini dilaporkan sedang memperkukuhkan pembangunan program nuklear dan peluru berpandu.

Perkara tersebut disuarakan oleh media kerajaan Pyongyang.

“Dengan kuasa industri revolusioner Parti Pekerja Korea yang memerintah, kekuatan nuklear negara telah meningkat dengan ketara dan mencapai tahap terkuat di dunia,” kata Tong Thae-gwan, seorang penulis editorial Rodong Sinmun, akhbar utama Korea Utara, dalam satu rencana editorial.

Dalam usaha untuk mempromosikan pencapaian Kim untuk tahun ini, beliau telah merujuk kepada provokasi besar dan peristiwa-peristiwa melibatkan Korea Utara.

Antaranya ujian peluru berpandu antara benua (ICBM) SERTA persidangan antara pemimpin Korea Utara dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada bulan September di Timur Jauh Rusia.

Korea Utara TURUT mengumumkan negara itu telah menetapkan 18 November sebagai “Hari Industri Peluru Berpandu” untuk menyambut kejayaan pelancaran ICBM Hwasong-17 pada tahun lalu. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #KoreaUtara #Global

Related Articles

Leave a Reply