SINGAPURA, 6 Mac – Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan menyatakan dividen keamanan pasca Perang Dunia Kedua telah pun tamat.
Menurut beliau, ini melihat peningkatan perbelanjaan pertahanan termasuk di China dan seluruh Asia.
“Situasi dividen keamanan yang dinikmati selama 7 hingga ke 8 dekad selepas Perang Dunia Kedua telah pun tamat,
“Kita akan melihat peningkatan perbelanjaan pertahanan di seluruh dunia,” katanya dalam wawancara eksklusif Bloomberg.
Beliau menambah, Eropah dan Amerika Syarikat dijangka akan meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka berlipat kali ganda daripada China.
Dividen keamanan atau peace dividend ditakrifkan sebagai pengurangan perbelanjaan pertahanan yang memberi ruang kepada peningkatan belanjawan terhadap pembangunan.
Menurut Corporate Finance Institute, dividen keamanan adalah konsep ekonomi jangka panjang yang menyentuh pengurangan perbelanjaan pertahanan dan ketenteraan.
“Secara mudah, dividen ini adalah merujuk kepada perbelanjaan persenjataan dan ketenteraan adalah menurun,
“Ini membolehkan wang tersebut digunakan kepada sektor lain yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi pada jangka panjang,” katanya. – airtimes.my
