Home SemasaGlobal Pangkalan udara tempatkan pesawat Presiden AS diceroboh

Pangkalan udara tempatkan pesawat Presiden AS diceroboh

by Air Times News Network

MARYLAND, 6 Feb – Seorang lelaki ditahan oleh pihak keselamatan kerana menceroboh Pangkalan Udara Andrews yang menempatkan pesawat Presiden Amerika Syarikat iaitu Air Force One pada Khamis lalu.

Menurut kenyataan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), penceroboh yang tidak bersenjata itu turut dikesan memasuki pesawat C-40 yang digunakan pemimpin kerajaan.

Tindakan saman telah dikenakan kerana menceroboh dan kes diserahkan kepada penguatkuasa undang-undang tempatan.

“Semua pihak memandang serius perkara ini,

“Semakan dibuat juga mendapati penceroboh itu tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan ektremis dan tiada anggota yang cedera sewaktu kejadian tersebut,” kata jurucakap Pejabat Setiausaha Pertahanan AS yang dilaporkan BBC News.

Menurut laporan berita itu, sebelum ini penceroboh hanya dikesan mempunyai dua waran tertunggak, tetapi tidak ada maklumat lanjut diberikan.

Dalam kenyataan sama, Inspektor Jeneral Tentera Udara berkata, siasatan akan dilakukan mengenai kerosakan dan tinjauan komprehensif mengenai keselamatan serta ancaman pangkalannya di seluruh dunia.

Pangkalan Udara Andrews terletak kira-kira 24km dari Rumah Putih di Washington dan sering digunakan oleh presiden, naib presiden dan pemimpin AS yang lain. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply