Home Pertahanan dan Keselamatan 73 Batalion KPD uji kemahiran anggota kendali jentera berat

73 Batalion KPD uji kemahiran anggota kendali jentera berat

by Air Times News Network

MELAKA, 6 Feb – Batalion Ke 73 Kor Perkhidmatan Diraja (73 Bn KPD) telah melaksanakan latihan Kompetensi Pemanduan Kenderaan Jenis Bravo (KJB) di Terendak Off Road Competency Circuit (TOCC), Melaka pada 1 hingga 3 Febuari lalu.

Latihan ini melibatkan seramai 3 pegawai dan 40 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari 73 BN KPD  telah terlibat dengan latihan yang bertujuan untuk menguji serta mempertingkatkan kemahiran anggota pemandu semasa mengendalikan kenderaan berat seperti lori 3 tan.

Pegawai Memerintah 73 Bn KPD, Leftenan Kol Rahimi Ahmad berkata, latihan ini amat signifikan sebagai anggota KPD seharusnya memiliki kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam pengendalian kenderaan terutama KJB.

Dalam latihan ini juga, terdapat empat buah 3 tan telah diuji bagi menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan bagi merentasi track off yang telah disediakan.

Antara halangan yang perlu dilalui semasa latihan menguji kecekapan anggota dalam situasi yang berbeza. Foto: BTDM

“Sebagai Pasukan Penyelaras dan Perancang Litar TOCC, kesempatan ini juga diambil untuk melatih anggota di dalam menyampaikan taklimat, penerangan tentang Litar TOCC dan tatacara pengendalian sebelum, semasa dan selepas latihan di TOCC,

“Panglima 3 Divisyen (3 Div), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim juga menekankan bahawa latihan ini hendaklah dilaksanakan secara konsisten untuk semua pasukan,

“73 Bn KPD akan terus melaksanakan latihan TOCC bagi meningkatkan kemahiran pemanduan anggota sekaligus dapat menilai kreativiti anggota dalam menghadapi tekanan semasa ujian atau latihan bagi membantu pasukan di bawah 3 Div dari aspek teknikal dalam melaksanakan latihan di TOCC,” katanya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply