Home SemasaGlobal FIlipina capai setengah juta kes COVID-19

FIlipina capai setengah juta kes COVID-19

by Nor Azlan Mohd Nor

MANILA, 18 Jan – Kes COVID-19 di Filipina telah mencapai setengah juta kes. Jabatan Kesihatan (DOH) melaporkan 1,895 kes jangkitan baru yang disahkan pada hari Ahad yang lalu, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes penularan COVID-19 sebanyak 500,577 kes.

DOH juga mencatatkan 11 lagi kes kematian pada hari Ahad lalu dan ini menjadikan angka kematian akibat virus pandemik itu meningkat kepada 9,895 kes.

Sementara itu, 465,991 kes telah dilaporkan sebagai pulih daripada virus berkenaan.

DOH terus mendesak orang ramai supaya mengikuti SOP kesihatan awam minimum seperti memakai topeng muka, pelindung muka, penjarakan fizikal, dan mencuci tangan.

Sebelum ini, beberapa pakar telah mendesak kerajaan untuk meningkatkan usaha dalam membendung virus tersebut setelah menigkatnya jumlah kes ketika menjelangnya musim perayaan.

DOH juga menegaskan bahawa varian virus COVID-19 dari UK juga telah dikesan pada hari Rabu minggu lepas. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply