Home SemasaGlobal Dua ‘Stratofortess’ milik Tentera AS diterbangkan ke Timur Tengah

Dua ‘Stratofortess’ milik Tentera AS diterbangkan ke Timur Tengah

by Nor Azlan Mohd Nor

Washington – Tentera AS telah menerbangkan dua pesawat pengebom B-52 Stratofortress ke Timur Tengah pada hari Ahad dalam menunjukkan kekuatan ketenteraannya kepada Iran.

Misi “rondaan” berlaku sehari selepas dua buah peluru berpandu balistik Iran dilaporkan mendarat dalam jarak 100 batu dari kumpulan kapal induk AS di utara Lautan Hindi.

Pesawat itu telah terbang tanpa henti selama 36 jam dari Pangkalan Udara Minot, Dakota, ke Teluk Arab.

Komandan Markas Pemerintahan Pusat, Jeneral Frank McKenzie berkata, misi tersebut adalah cara untuk menunjukkan komitmen berterusan AS terhadap wilayah serantau.

“Ini menunjukkan komitmen berterusan tentera AS terhadap keamanan serantau dan pencegahan terhadap pencerobohan dan juga menunjukkan kemampuan kekuatan tempur yang luar biasa.”

Terdahulu media Israel mengatakan dua pesawat itu dilihat terbang melintasi ruang udara negara itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply