Home Semasa Perintah Kawalan Pergerakan di Seremban, Port Dickson mulai esok – Ismail Sabri

Perintah Kawalan Pergerakan di Seremban, Port Dickson mulai esok – Ismail Sabri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Seremban dan Port Dickson mulai esok.

Menurut beliau, PKP akan dilaksanakan selama 2 minggu di kedua-dua daerah tersebut.

“Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKP di Seremban dan Port Dickson selama 14 hari bermula esok hingga 1 Februari,

“Pelaksanaan PKP ini adalah untuk mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-kedua daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kadar jangkitan di Seremban dan Port Dickson meningkat secara mendadak. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply