KUALA LUMPUR, 18 Jan – Syarikat Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) hari ini telah memberi sumbangan sebanyak RM 180 ribu kepada Kementerian Pertahanan Malaysia bagi Program Kembali Ke Sekolah.
Melalui program ini, seramai lebih 1,500 anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan awam yang berkerja di Kementerian Pertahanan Malaysia serta kem-kem tentera di seluruh negara.
“Program Kembali Ke Sekolah ini merupakan program tahunan hasil inisiatif Kementerian serta ATM melalui kerjasama serta penglibatan badan-badan korporat dan pelbagai agensi lain,
“Ianya juga sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat serta agensi yang terlibat bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota-anggota ATM yang bertugas sebilang masa dalam mempertahankan kedaulatan negara” kata Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Zulkarnain Md Eusope kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama, Menteri turut menyempurnakan penyerahan sumbangan Zakat Wakalah dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan berjumlah RM20,000 bagi membiayai pembelian barangan persekolahan anak 100 orang kakitangan awam Kementerian Pertahanan.
Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Puan Mastura Ahmad Mustafa. – airtimes.my