Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Marin patahkan cubaan seludup minyak masak dan rokok – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan cubaan seludup minyak masak dan rokok

Polis Marin patahkan cubaan seludup minyak masak dan rokok

by Air Times News Network

LAHAT DATU, 18 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) menemui longgokan kotak yang berisi minyak masak dan rokok dipercayai untuk diseludup yang ditutup dengan pelepah daun sawit di Kampung Pangkalan, Desa Kencana, Sabah, disini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu Superintendant Gan Ping Sin berkata, barangan tersebut telah dijumpai oleh sepasukan pegawai dan anggota PPM yang sedang melaksanakan rondaan di sekitar kawasan kebun sawit tersebut.

“Hasil pemerikasaan mendapati sebanyak 34×17 kotak yang mengandungi 578 peket minyak masak Cap Kuali setiap kotak dan 800 bungkus rokok pelbagai jenis disyaki tidak bercukai iaitu  jenama  President Filter King, D&B dan RS Menthol,

“Jumlah rampasan minyak masak Cap Kuali dianggarkan bernilai RM 1,445.00 manakala jumlah rampasan rokok dianggarkan bernilai RM 6,534.00 selepas cukai,

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 7,979.00,” katanya dalam satu hantaran media sosial milik PPM Wilayah 4, semalam.

Gan Ping Sin menambah, kesemua barang-barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) manakala kes rampasan rokok disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,

“PPM mengalu-alukan kepada masyarakat persisir pantai agar menyalurkan maklumat yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?