Home SemasaGlobal 7 terkorban dalam nahas helikopter Tentera Udara Filipina

7 terkorban dalam nahas helikopter Tentera Udara Filipina

by Nor Azlan Mohd Nor

CAGAYAN DE ORO, 17 Jan – Helikopter Tentera Udara Filipina yang membawa bekalan untuk pasukan anti-pemberontak telah jatuh terhempas di selatan negara itu.

Kejadian yang mengobankan kesemua 7 orang di dalamnya berlaku pada hari Sabtu yang lepas.

Helikopter jenis UH-1H telah cuba melakukan pendaratan kecemasan setelah menghadapi masalah di bahagian enjin namun gagal dikawal dan telah jatuh terhempas di kawasan pergunungan di bandar Impasugong di daerah Bukidnon, kata jurucakap tentera, Mejar Rodulfo Cordero Jr.

“Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui mayat empat krew anak kapal Tentera Udara termasuk dua juruterbang, anggota Tentera Darat dan dua tentera militan.”

Terdahulu, pasukan Tentera Filipina telah melakukan dan mematikan serangan terhadap gerilla komunis di rantau itu setelah rundingan damai antara pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte dan pemberontak Maois tidak berhasil. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply