MANILA, 9 Nov – Syarikat Airbus telah menyerahkan pesawat C295 kepada Tentera Udara Filipina (PAF).
Pesawat yang diserahkan kepada PAF merupakan pesawat keenam daripada 7 buah C295 yang dibeli oleh Manila.
Menurut Airbus dalam satu kenyataan berkata, Filipina akan menerima pesawat terakhir dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
“Kami yakin dengan penyerahan C295 terakhir kelak akan memperlengkapkan keupayaan untuk melaksanakan operasi pesawat pengangkut PAF,
“Pengoperasian oleh PAF dalam pelbagai misi kritikal membuktikan keupayaan C295 sebagai pesawat pengangkut taktikal sebagai pengguna rujukan di Asia Tenggara,” kata Ketua Airbus Defence and Space Asia Pasifik, Johan Pelissier dalam kenyataan tersebut.
Pesawat C295 mula digunakan oleh Filipina semenjak tahun 2015. Pesawat ini telah digunakan dalam pelbagai misi pengangkutan dan bantuan kemanusiaan serta bencana terutamanya semasa taufan melanda negara kepulauan itu.
Menurut Airbus, hampir 30 peratus pembelian pesawat C295 di peringkat global adalah dari pasukan tentera rantau Asia Pasifik. – airtimes.my