Home SemasaIndo-Pasifik pusat graviti global, kestabilan rantau perlu dipelihara – Adly

Indo-Pasifik pusat graviti global, kestabilan rantau perlu dipelihara – Adly

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 24 SEPT – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari hari ini menegaskan rantau Indo-Pasifik merupakan pusat graviti global yang mesti dipelihara kestabilannya. Ini kerana lebih 60 peratus perdagangan dunia melalui perairan rantau ini.

Beliau berkata kestabilan Indo-Pasifik mempunyai kesan langsung kepada kesihatan ekonomi dunia.

Justeru peranan angkatan darat negara-negara serantau amat penting dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan bersama.

“Indo-Pasifik ialah pusat graviti urusan global, perdagangan, inovasi dan hubungan manusia. Kestabilannya menentukan kesihatan ekonomi dunia. Oleh itu, angkatan darat seramtai mesti terus menegakkan keselamatan dan kemakmuran rantau ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Panglima Tentera Darat Indo-Pasifik ke-14 (IPACC), Seminar Pengurusan Tentera Darat Indo-Pasifik ke-49 (IPAMS) dan Forum Pemimpin Kanan Bersenjata ke-11 (SELF) di sini hari ini.

Adly berkata tema persidangan kali ini, “Forging Synergy: Transforming Multinational Land Power Network Through Open Fashion Contact”, amat bertepatan kerana ia menekankan kepentingan perpaduan dalam kepelbagaian serta keperluan dialog terbuka bagi mengelak salah tafsir dalam persekitaran keselamatan yang semakin mencabar.

Beliau turut mengingatkan bahawa kerjasama dan pembinaan rangkaian ketenteraan serantau perlu dilaksanakan secara berterusan agar angkatan darat mampu bertindak balas secara lincah, berdaya tahan dan bersepadu terhadap sebarang ancaman.

“Kerjasama dan pelaburan kepercayaan adalah teras yang akan menentukan transformasi. Perubahan bukan berlaku selepas krisis berlalu, sebaliknya mesti digerakkan ketika kita berdepan cabaran itu sendiri,” katanya.

Persidangan IPACC, IPAMS dan SELF 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur menghimpunkan delegasi dari 31 negara Indo-Pasifik, menjadikan ia platform penting untuk membincangkan hala tuju keselamatan serantau serta pengukuhan kerjasama tentera darat pelbagai negara. – airtimes.my

#pertahanan #keselamatan #malaysia #MINDEF #LautChinaSelatan #airtimes #IndoPasifik

Related Articles

Leave a Reply