Home SemasaMalaysia penerima berpotensi di bawah OSA 2025 dari Jepun – Khaled Nordin

Malaysia penerima berpotensi di bawah OSA 2025 dari Jepun – Khaled Nordin

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 22 SEPT – Jepun telah mengenal pasti Malaysia sebagai penerima berpotensi seterusnya di bawah inisiatif Official Security Assistance (OSA) 2025, menandakan keyakinan berterusan Tokyo terhadap hubungan strategik pertahanan kedua-dua negara.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya sempena majlis penyerahan pesawat tanpa pemandu (UAV) daripada Jepun kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Haigate, hari ini.

“Di bawah OSA 2023, Malaysia amat berbesar hati menjadi antara penerima terawal, bersama Bangladesh, Fiji, dan Filipina. Justeru, kami ucapkan terima kasih kepada Jepun atas penghormatan ini,

:Melihat ke hadapan, kami (Malaysia) amat berbesar hati apabila Jepun telah mengenal pasti Malaysia sebagai penerima berpotensi di bawah OSA 2025.” katanya.

Menurut beliau, pengiktirafan itu bukan sahaja bukti kepercayaan Jepun terhadap Malaysia, malah mengukuhkan lagi asas kerjasama strategik pertahanan dua hala.

Ia juga dilihat penting dalam memperkukuh keselamatan serantau di Asia Tenggara.

Sebagai latar, Malaysia merupakan penerima awal OSA 2023 bersama Bangladesh, Fiji dan Filipina.

Pakej bantuan bernilai ¥400 juta (RM12.63 juta) itu merangkumi 14 UAV jenis Vertical Take-Off and Landing, tujuh bot penyelamat dan dua trak pembersih jalan.

UAV tersebut diagihkan kepada Tentera Darat Malaysia (6 unit), Tentera Laut Diraja Malaysia (6 unit) dan Bahagian Siber serta Elektromagnetik Pertahanan (2 unit).

Selain peralatan, 12 pegawai ATM telah menjalani latihan UAV di Jepun pada Mei lalu.

Latihan susulan akan diteruskan di Teluk Sepanggar, Lok Kawi dan Paya Jaras bagi memastikan anggota ATM benar-benar bersedia mengoperasikan teknologi baharu itu.

Hubungan pertahanan Malaysia–Jepun sebelum ini diperkukuh melalui Perkongsian Strategik Komprehensif yang dimeterai pada Disember 2023. Kerjasama ini turut meliputi bidang keselamatan maritim, bantuan kemanusiaan, ketahanan siber dan pembangunan kapasiti. – airtimes.my

#pertahanan #keselamatan #UAV #ATM #OSA #Jepun #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply