if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dipindahkan 50m dari tapak asal

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dipindahkan 50m dari tapak asal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kuil berhampiran Jalan Masjid India akan dipindahkan kira-kira 50 meter dari tapak asal dengan keluasan 4,000 kaki persegi, setara dengan saiz kuil sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan ini dibuat selepas perbincangan melibatkan pelbagai pihak, termasuk wakil dari pihak kuil sendiri.

“Keluasan tapak ini setara dengan saiz kuil sedia ada. Tapak ini merupakan sebahagian lot PT 95, Seksyen 40, Mukim Bandar Kuala Lumpur,

“Pembangunan tapak baharu ini tertakluk kepada syarat-syarat pembangunan yang berkuatkuasa dan pihak kuil juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya pada Rabu.

Belia berkata, langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyelesaikan isu lokasi kuil dengan cara yang adil dan menjaga kepentingan semua pihak.

“Kerajaan juga mengulangi jaminan bahawa tiada sebarang perobohan akan dilakukan ke atas struktur kuil sedia ada,

“Kuil tersebut akan terus dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa sehingga proses penempatan semula selesai sepenuhnya dalam suasana harmoni,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kerajaan sentiasa komitmen untuk memastikan prinsip kebebasan beragama seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan terus dihormati, sambil mengekalkan kepentingan awam dan kedaulatan undang-undang.

Awal pagi semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pada Khamis, beliau akan menghadiri majlis pecah tanah Masjid Madani, yang akan dibina di tapak tempat kuil itu kini terletak.

Pelan memindahkan kuil untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai, termasuk peguam.

Terdahulu, peguam yang mewakili jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman mendakwa DBKL pernah mengarahkan kuil yang asalnya dibina pada 1893 itu berpindah beberapa meter ke lokasi sedia ada.

Namun, pada 2014 tanah tersebut dikatakan telah dijual kepada Jakel Trading Sdn Bhd tanpa pengetahuan pihak kuil, untuk pembangunan sebuah masjid.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, M Saravanan turut menyatakan bahawa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu telah wujud lebih 100 tahun dan menafikan rumah ibadat tersebut sebagai ‘kuil haram

“Jika kuil itu terletak di atas tanah haram, bagaimana ia boleh mendapat sambungan bekalan air dan elektrik,” luahnya.-airtimes.my

#kuil #pindah #masjid #jakel #airtimes #jalanmasjidindia #Malaysia #DBKL

Related Articles

Leave a Reply